Text Resize
Site Search
Home » Tentang Kami
imgimgimgimgimgimg

Tentang Kami

 

LOKASI UTAMA DAN JENAMA YANG DIIKTIRAF
Tempat-tempat pelancongan dan hospitaliti SEDC’s terletak di lokasi terpilih di bandaraya Kuching atau di kawasan pantai yang indah di Damai, iaitu kawasan peranginan utama Sarawak. Bahagian pelancongan dan hospitaliti SEDC juga merangkumi jenama yang diiktiraf seperti “Arnold Palmer”, “Grand Margherita” dan “ Riverside Majestic” untuk memastikan tahap kualiti serta keyakinan kepada para pelancong.

KEUTAMAAN PELANGGAN
Bahagian pelancongan dan hospitaliti SEDC’s sentiasa memastikan layanan istimewa diberikan kepada setiap pelanggan. Dikenali sebagai “Tuan Rumah Sarawak”, pelan rancangan perkhidmatan yang disediakan seperti membaikpulih serta pengubahsuaian bahagian sector korporat pelancongan dan hospitaliti yang merangkumi kemudahan dan ciri-ciri bagi pelanggan yang menghadapi cabaran dari segi fizikal dan sebagainya.

Hotel serta tempat penginapan yang utama di Kuching merupakan yang pertama mengiktirafkan persijilan Halal di Sarawak. Persijilan Halal dilanjutkan hingga ke gerai-gerai makanan di pusat makanan laut terkenal yang terletak di pusat bandaraya Kuching.

RAKAN PERNIAGAAN YANG BOLEH DIPERCAYAI
Dalam usaha ke arah pembangunan di Sarawak, SEDC telah mempunyai ikatan kerjasama serta usaha sama yang kukuh bersama syarikat-syarikat tempatan dan luar negara.

DIIKTIRAF
Sebagai sebuah badan yang diiktiraf di dalam industry pelancong negeri , peranan SEDC telah diiktiraf dengan beberapa anugerah peringkat nasional serta antarabangsa dari organisasi seperti Pacific Asia Travel Association (PATA), Aseanta, Tourism Malaysia, serta anugerah dari peringkat negeri dan kerajaan persekutuan Malaysia. Anugerah tersebut merangkumi "Tourism Malaysia Gold Award for the Most Outstanding Contribution Towards Tourism".

Photo: Sarawak River view  
   

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) adalah merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 1972 bagi mempromosikan pembangunan industri , komersial serta sosio-ekonomi negeri Sarawak. Penglibatan SEDC terdiri dari pelbagai aspek yang merangkumi bidang perniagaan seperti agro dan industri makanan seterusnya ke pembangunan hartanah, dan kini industri pelancongan dan hospitaliti merupakan suatu bidang yang penting.

BAHAGIAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
Pelaburan di dalam bidang pelancongan di Sarawak merangkumi fortfolio aset yang pelbagai dari hotel serta tempat peranginan bertaraf antarabangsa hingga kompleks membeli-belah, tempat tarikan pelancong serta perkhidmatan layanan seperti perkongsian masa dan pengurusan hotel. Kini, diiktiraf sebagai “One-Stop Tourism Shop” bagi pelanggan serta rakan niaga yang lain.